Perak Hari Ini

Rombak Exco: Hanya Ribut Dalam Cawan- Abdul Yunus

IPOH- Rakyat dinegera ini diminta bertenang berkaitan khabar angin yang mengatakan bahawa barisan exco bakal dirombak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamahri berkata isi yang dimainkan itu seperti ribut dalam cawan sahaja dan perkara ini sering berlaku di mana-mana sahaja.

“Segala perkara mampu diselesaikan dengan baik malahan PH juga dilihat telah menjadi sebuah kerajaan jadi, segala isu sudah tentu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berhemah ibarat sebagai sebuah keluarga.

“Saya sudah 20 tahun dalam politik dan tiga penggal menjadi wakil rakyat dan perkara ini adalah sebahagian dari ujian dalam kehidupan.

“Setakat ini, tiada sebarang perbincangan dengan kepimpinan PKR mengenai hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2019 di Dewan Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Sambutan Hari Air Sedunia merupakan acara tahunan pada 22 Mac yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1993 bertujuan meningkatkan kesedaran dan membaharui tekad semua lapisan masyarakat dunia untuk menangani isu-isu berkaitan air melalui pelan strategik dan pelaksanaan tindakan oleh setiap negara di seluruh dunia.

Dalam pada itu, pihak Lembaga Air Perak (LAP) turut mengingatkan semua rakyat di negeri ini supaya menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan sebarang pembaziran walaupun bekalan air adalah mencukupi.

Kerajaan dan LAP perlu terus melabur untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan air kepada rakyat dan mengelakkan krisis di masa depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");