Berita Hari Ini

RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.61 seliter kepada RM2.63 seliter.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga terbaru itu akan mula berkuatkuasa selepas tengah malam ini sehingga 5 April depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, pengiraan di bawah formula mekanisme harga automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac 2019 sehingga 5 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga

runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu.

Kerajaan memperkenalkan semula kaedah apungan harga mingguan bagi petrol dan diesel mulai 1 Januari 2019 menggunakan formula APM.

Pada 27 Februari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan kabinet akan mengurangkan harga siling dari RM2.20 ke RM2.08 seliter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");