Berita Hari Ini

RON97 Naik 3 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.46 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 9 hingga 15 Mac ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 hingga 15 Mac 2019 sepatutnya adalah RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

“Bagaimanapun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, berikutan keputusan Jemaah Menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum yang memberi manfaat kepada rakyat.

Minggu lalu, harga runcit RON97 naik lima sen kepada RM2.43 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal, masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");