Berita Hari Ini

RON97 Naik 5 Sen, Harga RON95 Dan Diesel Kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik lima sen kepada RM2.43 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, berkata berkata harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu bagi tempoh 2 hingga 8 Mac ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan ini menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 2 hingga 8 Mac sepatutnya masing-masing RM2.13 seliter dan RM2.38 seliter.

“Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter,” katanya.

Tambah kenyataan itu, selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet pada 27 Februari lalu, had pengekalan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter.

“Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Minggu lalu, RON97 dan RON95 naik 10 sen masing-masing pada harga RM2.38 dan RM2.08 seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");