Perak Hari Ini

Rusuhan Kaum Boleh Berlaku Jika Isu Perkauman Serta Fitnah Dimainkan Oleh UMNO-Pas

IPOH- Isu perkauman sering dijadikan bahan untuk dimainkan oleh sesetengah pihak keatas kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang mana jika berlarutan akan menyebabkan rusuhan kaum di negara ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan (Wawasan) Negeri Perak, Fauzi Muda berkata, ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan PH terutamanya UMNO dan Pas.

“Rasa kurang senang saya pada kedua parti ini kerana mereka sendiri tidak menjaga keharmonian kaum dengan tidak menyentuh isu perkauman walapun sedia maklum setiap orang punya hak kebebasan bersuara.

“Tiga isu yang sering dimainkan iaitu fitnah, perkauman dan isu agama yang mana menjadi lebih parah apabila menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) kerana perkara akan membahayakan perpaduan dan keharmonian negara kita,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Bekas ketua Penerangan PKR itu turut berkata, isu hasutan, fitnah dan adu domba juga sering  dimainkan dalam kalangan masyarakat dengan mengatakan kerajaan PH adalah kerajaan penipu dan pencuri kekayaan negara melalui DAP sehinggakan negara boleh  dihancurkan oleh DAP yang menguasai kerajaan PH sekarang.

 “Rusuhan kaum boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana fitnah dari macai UMNO dan Pas yang mana sering dimainkan sejak PH muncul dan mengambil alih kerajaan kini.

“Perkara yang lebih parah apabila isu menghina Nabi dan Isteri baginda sengaja diperbesarkan oleh Pas sendiri walaupun jika dilihat pihak polis telah pun mengambil tindakan kepada pelaku, namun, mereka akan tetap memperbesarkan isu ini seolah-olah ini adalah kehendak DAP yang kafir dan anti Islam.

Beliau turut menyeru agar kerajaan PH lebih serius dalam menangani dan individu yang sering memainakn isu ini kerana amat berbahaya kepada negara.

“Jika isu fitnah, hasuutan jahat ini terus dimainkan, saya bertegas untuk membuat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil kerana amat berbahaya kepada negera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");