Sukan Hari Ini

Sathia ‘Belum Direhatkan’

KHIDMAT pengendali Selangor, B Sathianathan masih diperlukan dalam mengharungi Liga Super musim ini sekali gus menolak desas-desus jurulatih itu mungkin direhatkan.

Malah, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Johan Kamal Hamidun (gambar) turut menolak dakwaan pihaknya sudah ada calon pengganti dalam masa terdekat ini.

Johan berkata, pengurusan FAS mengakui Selangor masih lagi belum memecah kebuntuan kemenangan selepas mengharungi lima perlawanan setakat ini.

“Sentuhan Sathia masih diperlukan skuad Gergasi Merah dan percaya beliau akan melakukan perubahan untuk perlawanan akan datang seterusnya mampu memberi keputusan positif.

“Pada masa sama saya juga menegaskan menegaskan pucuk pimpinan pengurusan hinggalah pemain masih berdiri teguh di belakang Sathianathan,” katanya, semala, lapor Harian Metro.

Sebagai rekod, skuad kendalian Sathia terus dirundung malang apabila hanya mampu seri ketika bertemu FELDA United, PJ City dan Pahang serta dua kekalahan di tangan PKNS FC dan JDT.

Selangor yang kini berada di tangga ke-10 liga akan bertemu Kuala Lumpur Ahad ini sekali gus mengharapkan kemenangan pertama musim ini.

Selain itu, Johan berkata, pihaknya tidak mahu mencari alasan atau menuding jari kepada pemain atau jurulatih terhadap keputusan yang tidak menyebelahi skuad Gergasi Merah.

“Jika ada dakwaan FAS sudah ada calon untuk menggantikan Sathianathan sememangnya perkara itu tidak benar sama sekali. Jangan percaya jika ada spekulasi mengenainya dalam media sosial kerana ia tidak betul.

“Kami bukan mencari alasan kalah sebaliknya berusaha memperbaiki persembahan pasukan menjelang aksi seterusnya. Prestasi pasukan bukan semakin menurun sebaliknya tuah belum memihak kepada kami jika dilihat berdasarkan pertemuan dengan JDT,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");