Panasnya Hari Ini

Saya Serahkan Satu Dokumen Cek RM1.4 juta – Rameli Musa

PUTRAJAYA – Datuk Dr. Rameli Musa hari ini tampil menyerahkan dokumen berkaitan cek berjumlah RM1.4 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cek itu didakwa dibayar Pas kepada editor SarawakReport.com, Clare Reucastle Brown sebagai penyelesaian di luar mahkamah kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor wanita itu di London pada tahun lalu.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad itu berkata, beliau telah memberikan segala keterangan berkaitan siasatan kes tersebut.

Ditanya mengapa dipanggil SPRM, Rameli berkata, beliau diminta hadir untuk dirakam keterangan berhubung pengeluaran cek tersebut

“Saya masuk pukul 10.30 pagi tadi, berkenaan apa nanti dia (SPRM) akan terangkan anda.

“Saya dah beri semua keterangan kes ini dan ada serahkan satu dokumen berkaitan cek RM1.4 juta,” katanya ketika diserbu pemberita di pekarangan ibu pejabat suruhanjaya itu petang tadi.

Ditanya sama ada beliau perlu datang semula ke SPRM, Rameli berkata, beliau tidak tahu sama ada akan dipanggil lagi.

“Itu terpulang lah kepada dia SPRM).

“Saya sangat berpuas hati (keterangan dirakam SPRM) dan sudah terangkan semua,” katanya sebelum beredar meninggalkan premis itu.

Terdahulu beliau tiba ibu pejabat SPRM pada pukul 10.05 padi dengan menaiki kereta MPV Vellfire bewarna hitam.

Selain Rameli, Yang Dipertua Pas Selayang, Mohd Zaidy Abdul Talib dan Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki turut hadir di SPRM pada pukul 10.02 pagi.

Mereka memberikan keterangan lebih lima jam dan Rameli merupakan individu pertama muncul di lobi SPRM pada pukul 3.20 petang sebelum bertemu pemberita.

Beliau yang berpakaian baju lengan panjang putih dan kot biru kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman ke arah wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dua lagi individu itu meninggalkan SPRM ketika para wartawan sedang menemubual Rameli.

Rameli yang dilantik sebagai pengerusi KTMB awal Februari lalu adalah Pengerusi Balfour Beatty Rail (BBRail) Sdn Bhd sebelum itu. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");