Perak Hari Ini

Sekarang Bukan Masa Untuk Menuding Jari: Syed Saddiq

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pilihanraya Kecil Dun Semenyih, akur dengan keputusan rakyat untuk memilih calon Barisan Nasional sebagai wakil mereka di kawasan itu.

Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sekarang bukan masa untuk menuding jari atas kekalahan tersebut sebaliknya parti itu disifatkan perlu bermuhasabah diri dan mencari titik pertemuan untuk terus melangkah kehadapan.

“Pilihan ada pada rakyat dan kita perlu muhasabah semula atas kekalahan ini, bukannya menuding jari serta menyalahkan antara satu sama lain.

“Kita hormati keputusan itu namun kerja tetap akan dijalankan seperti biasa. Tahniah pada BN dan kepada jentera PH saya ucapkan terima kasih atas penah lelah.

“Faktor kekalahan itu mungkin macam-macam tapi seperti kita tidak mahu menuding jari antara satu sama lain, lebih baik fokus pada kerja. Masa untuk berpolitik sudah habis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perlancaran Penutupan EPIC di Ipoh, hari ini.

Menerusi program berkenaan, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan turut hadir ke Majlis Menandatangani MoU antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama Malaysia Digital Economy Corporation, Kitamen, EGG Network, M&M Premium Esports dan Maximuss Games Centre.

Menurut beliau, jalinan kerjasama berkenaan diharap dapat memperkukuhkan lagi pembangunan Esports melalui akar umbi di Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");