Berita Hari Ini

Semua Pihak Mesti Hormati Terma Perjanjian Air 1962

SINGAPURA: Singapura berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA), berkata Singapura menarik perhatian kepada perancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan kapasiti bagi pengeluaran air terawat untuk memenuhi keperluannya sendiri.

“Ini tidak menjejaskan pendirian Singapura bahawa semua pihak, termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962 dan mana-mana pihak tidak boleh secara unilateral mengubahnya, “ kata jurucakap MFA, lapor Bernama.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertanyaan media berhubung kenyataan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada 1 Mac.

Osman dilaporkan berkata, Johor telah membayar bagi bekalan air terawat dari Singapura selama ini, dan perancangan untuk memenuhi keperluan sendiri untuk air terawat akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Tetapi perkara ini masih lagi di peringkat perancangan dan saya tidak dapat berkongsi butirannya ketika ini sehingga perancangan ini bersedia untuk dilaksanakan,” kata beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");