Berita Hari Ini

Semua Universiti Harus Kutuk Tindakan Tidak Beradab Menyerang Mahasiswa

PUTRAJAYA – Semua naib canselor universiti wajar mempamerkan sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa pada Jumaat lepas, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, pengurusan universiti tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti.

“Adalah tidak wajar untuk pihak pengurusan universiti menunjukkan sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat sedangkan mahasiswa diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini terjadi beberapa hari yang lepas dan kejadian yang sama boleh berlaku di kampus-kampus lain jika semua mengambil sikap sambil lewa,” katanya lagi, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Maszlee turut mengingatkan pihak pengurusan universiti untuk sentiasa mendukung pendirian dan kebebasan mahasiswa asalkan ia bukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara dan peraturan-peraturan universiti.

Jumaat lepas, media melaporkan Program Santai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah restoran di hadapan Universiti Malaya (UM) bertukar kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM. Turut tular di laman sosial video klip berdurasi 2.21 minit rakaman insiden pergelutan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");