Perak Hari Ini

Sepakat Untuk Tawan Semula Hati Rakyat – Ahmad Faizal

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru agar barisan kepimpinan dan penyelaras DUN bersepakat untuk menawan hati rakyat sekali lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, jika kita bekerja secara sepakat dan bersatu hati tentunya rakyat akan memberi sokongan yang lebih dan kerajaan baharu kini akan kekal menjadi kerajaan selepas pru akan datang.

“Tidak seorang pun dari kita dalam kalangan manusia yang sempurna kerana setiap kita tentunya ada kelemahan dan kelemahan-kelemahan ini seharusnya kita tutup dengan kekuatan oleh rakan-rakan kita yang lain.

“Kita perlu bekerja dengan kuat, berfikir, merencana dan mengatur gerak kerja untuk memenangi hati dan sokongan rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ucaptama semasa Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Penyelaras DUN Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 28 orang indiividu telah menerima watikah dan mengangkat sumpah sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri.

Selain itu Ahmad Faizal turut menyampaikan amanat supaya penyelaras DUN dapat memikul amanah yang besar ini kerana mereka perlu sentiasa belajar dan mengelakkan dari dari mengulangi kesilapan-kesilapan pentadbiran terdahulu.

“Jangan sesekali terbuai dengan kuasa yang diamanahkan kepada kita kerana zaman pemimpin dijunjung dan ditatang oleh rakyat telah berlalu.

“Kita perlu insaf bahawa kita adalah hamba kepada rakyat dan bukan sebaliknya,” katanya.

Pada hari ini, lantikan Penyelaras DUN yang telah berlansung terdiri daripada 8 daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), 14 daripada Bersatu dan enam daripadanya dari parti Amanah.

Tambah beliau, beliau mahu para Penyelaras DUN sentiasa berpegang kepada amanat Berkhidmat Demi Rakyat dan Kerana Allah dalam memikul tangunggjawab ini.

“Anda perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa walaupun anda mewakili kerajaan negeri, namun di kawasan masing-masing, anda masih pembangkang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");