Sukan Hari Ini

Sevilla Pecat Machin

SEVILLE, Sepanyol: Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla memecat jurulatih Pablo Machin, semalam dan melantik Pengarah Bolasepak, Joaquin Caparros sebagai pengganti sementara sehingga penghujung musim.

Machin mula mengendalikan Sevilla pada Mei tahun lalu selepas mengemudi Girona menamatkan saingan La Liga di tangga ke-10 pada penampilan sulung kelab itu di saingan berkenaan.

Begitupun disebalik permulaan baik pasukannya di awal musim, termasuk mengisi tangga teratas liga pada November, prestasi kelab itu mulai merosot dan peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara kian malap.

Sevilla ketika ini menghuni tangga keenam liga, ketinggalan lima mata daripada pasukan tangga keempat dan penyingkiran dalam saingan Liga Europa kepada Slavia Prague, semalam menjadi penamat buat Machin.

Kelab itu hanya menang lima daripada 18 perlawanan pada tahun ini.

“Sevilla FC membuat keputusan ini pada Jumaat untuk berpisah dengan jurulatih pasukan pertama, Pablo Machin susulan deretan keputusan buruk sejak beberapa minggu lalu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Pengarah Bolasepak, Joaquin Caparros akan mengambil alih tempatnya serta merta.”

Caparros mengemudi Sevilla selama sebulan selepas Vincenzo Montella dipecat dan kelab itu menang tiga daripada empat perlawanan di bawah bimbingannya termasuk menewaskan Real Madrid 3-2 di gelanggang sendiri.

Dia akan mula mengendali Sevilla pada aksi La Liga, esok menentang Espanyol di gelanggang lawan memetik laporan BHarian – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");