Berita Hari Ini

SKMM Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Industri Pos, Kurier

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperkasa dan meneliti dasar baharu dalam memastikan industri pos dan kurier negara dapat bersaing secara mampan.

Memetik laporan Bernama, Suruhanjaya itu dalam kenyataan semalam berkata, jawatankuasa khas itu akan mengemukakan hala tuju industri dan pelan komprehensif ke arah memperkasakan industri pos dan kurier negara kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, dalam tempoh 30 hari.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada pemain industri dan pihak berkepentingan yang antara objektif lain penubuhannya adalah memodenkan sistem poskod kebangsaan bagi meningkatkan tahap produktiviti di peringkat ‘last mile’ selain mempertingkatkan sistem keselamatan rangkaian pos dan kurier negara.

“Sebagai pengendali rangkaian ‘last mile’ dan penggerak utama dalam menjayakan agenda ekonomi digital dalam sektor e-dagang, industri pos dan kurier menyumbang sebanyak 6.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2017 berbanding 5.9 peratus pada 2015,” menurut kenyataan itu.

SKMM turut menganggarkan kapasiti kendalian perkhidmatan kurier negara perlu dipertingkatkan dari sekitar 200 juta paket setahun kepada 1,000 juta paket setahun menjelang 2025.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan diumumkan Gobind selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Industri Perkhidmatan Pos dan Kurier serta wakil daripada Persatuan Syarikat-Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC), di sini, semalam

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");