Jenayah

SPRM Tahan Pegawai Kanan FGV

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai RM10,000, hari ini.

Sumber berkata, tangkapan suspek berusia 51 tahun itu dibuat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang.

Katanya, individu terbabit dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan untuk mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan bagi kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit.

“Perintah reman terhadap individu terbabit akan dipohon di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi,” katanya, lapor BH Online.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");