Berita Hari Ini

‘Sudah-sudahlah Buat Teori Sensasi MH370’

KUALA LUMPUR: Teori sensasi mendakwa juruterbang pesawat MH370 mempunyai agenda peribadi membabitkan isu perkahwinannya disifatkan sekadar usaha meraih publisiti murahan.

Waris mangsa MH370, Intan Maizura Othaman, ketika mengutarakan pendirian itu berkata, setiap kakitangan Malaysia Airlines Berhad mempunyai kod etika kerja yang menggariskan peraturan untuk tidak mencampur-adukkan urusan peribadi.

“Siapa saja yang cetuskan teori-teori tidak berasas seperti ini hanya nak cari publisiti. Mana mungkin ia berasas,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis ulang tahun tragedi MH370, di sini, semalam, lapor BH Online.

Majlis dihadiri waris mangsa dari seluruh negara itu bertujuan memperingati insiden MH370 yang kini memasuki tahun kelima, sejak dilaporkan hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014 lalu.

Portal berita antarabangsa sebelum ini melaporkan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menyusun rancangan untuk kahwin lari dengan kekasihnya, dikenali sebagai Rina, ketika bertugas mengemudikan pesawat terbabit, lima tahun lalu.

Juruterbang berasal dari Pulau Pinang itu didakwa menyelamatkan diri menggunakan payung terjun selepas mengemudi pesawat dengan nombor siri 9M-MRO berkenaan pada ketinggian 3,000 kaki (914 meter), berdekatan perairan selatan Lautan Hindi, iaitu lokasi terakhir yang dikatakan kapal terbang terbabit dikesan menggunakan maklumat daripada satelit Inmarsat.

Zaharie kemudian didakwa bertemu Rina yang dikatakan menyewa bot khas dan menunggu ketibaan juruterbang berkenaan seperti dirancang sebelum ini.

Intan yang juga bekas pramugari dan balu kepada kru MH370, Mohd Hazrin Hasnan, berkata Zaharie berhak berpoligami, namun menolak kemungkinan juruterbang berkenaan sanggup mengorbankan 227 penumpang demi agenda peribadi.

“Sudah-sudahlah dengan teori seperti ini. Apa kita mahukan ialah bukti pencarian dan penutup kepada episod kehilangan MH370 yang sekian lama dituntut waris mangsa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");