Jenayah

Suspek Cemar Pasir Gudang Ada Rekod Jenayah

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap sembilan suspek yang ditahan semalam, susulan kes pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, mendapati ada di antara mereka memiliki rekod jenayah.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan difokuskan terhadap pembabitan mereka dalam kes pembuangan sisa kimia berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ada antara mereka terbabit kes jenayah dan siasatan sedang dijalankan, kita yakin akan dapat kenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

“Mereka yang ditahan ini adalah warga tempatan, iaitu pekerja syarikat tertentu dan mempunyai kaitan langsung dengan kes ini,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Koperasi Polis Diraja Malaysia dengan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan dibuat bagi membantu proses siasatan.

Katanya, proses siasatan sedang dilakukan Polis Johor dan diselaraskan oleh Bukit Aman.

Semalam, BH melaporkan polis menahan sembilan lelaki dipercayai terbabit dalam perbuatan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, semua suspek ditahan dalam operasi khas kelmarin dengan dua daripada mereka ditahan di Johor, manakala selebihnya di luar Johor.

Semua suspek terbabit kini direman enam hari sehingga Sabtu ini dan masing-masing disiasat mengikut Seksyen 278, Seksyen 284 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan; berkelakuan cuai membabitkan bahan beracun dan menyebabkan cedera parah lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");