Membawang Hari Ini

Syarikat Pelakon British Tamat Hubungan Dengan Mokhzani Kerana Dr M

PETALING JAYA: Syarikat pelakon British terkenal, Benedict Cumberbatch dilapor menamatkan hubungan perniagaan dengan anak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani, berhubung kenyataan bapanya yang didakwa anti-Semitik.

Menurut akhbar British, Daily Mail, Cumberbatch “terkejut dan kecewa” apabila mendapat tahu mengenai kenyataan Mahathir menyuarakan pandangan yang beliau dapati “menjijikkan dan tidak boleh diterima”.

Beliau menambah syarikatnya itu, SunnyMarch Holdings, tidak pernah berurusan dengan Mahathir.

“Sebaliknya, hubungan kami sentiasa dengan anaknya, Mokhzani. Sebagai sebuah syarikat, kita telah memulakan proses menamatkan hubungan kita dengan (Mokhzani) Mahathir supaya dia tidak lagi terlibat dengan SunnyMarch.”

Menurut akhbar itu, Mokhzani adalah seorang pengarah di SunnyMarch Holdings dan melabur 1 juta pound sterling untuk saham melalui syarikatnya, Kencana Capital.

Cumberbatch menubuhkan syarikat penerbitan rancangan televisyen dan filem bebas itu pada 2014.

Mahathir terkenal di Barat kerana kenyataan-kenyataan kontroversi yang dianggap anti-Semitik.

Dalam satu wawancara Hardtalk di BBC pada Oktober, Mahathir menepis komen media yang membidasnya sebagai seorang anti-Semitik, mengatakan istilah itu sering dilemparkan terhadap pengkritik dasar-dasar Israel.

“Jika anda mahu bersikap jujur, masalah di Timur Tengah bermula dengan penciptaan negara Israel. Itulah kebenaranya,” kata perdana menteri kepada pengacara, Zeinab Badawi.

Mahathir juga ditanya tentang bukunya, Dilema Melayu di mana dia menggambarkan orang Yahudi sebagai “berhidung bengkok”.

“Hidung mereka memang bengkok,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");