Perak Hari Ini

Tak Perlu Tukar Exco – Ahmad Faizal

IPOH: Sekiranya ada cadangan rombakan Exco Kerajaan Negeri daripada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH), ia hendaklah diusulkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pemilihan nama-nama bagi jawatan itu yang hendak diserahkan kepada Sultan Perak untuk diperkenankan, ia hendaklah datang daripada pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu.

“Saya sebelum ini bertanding sebagai calon PH dengan menggunakan logo PKR, saya mendapat watikah daripada presiden PKR.

“Untuk memilih calon atau kita pertimbangkan nama bagi mendapat perkenan Sultan, ia perlu datang daripada pucuk pimpinan dan bukan pimpinan negeri.

“Namun kita mendengar cadangan daripada semua pihak. Walau bagaimanapun, untuk ketika ini, saya berpandangan tidak perlu ditukar Exco Kerajaan Negeri. Semua bekerja dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang cadangan PKR Perak yang akan mengemukakan nama kepada beliau bagi menggantikan kedudukan Exco Kerajaan Negeri yang sedia ada daripada parti tersebut.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak tidak menolak kemungkinan terdapat pertukaran jawatan dalam kalangan Exco sedia ada dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

Pada masa sama, beliau berpuas hati dengan semua kerja yang dilakukan Exco Kerajaan Negeri selain berpandangan ia perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Saya tidak sempurna, Exco pun tidak sempurna. Kita manusia biasa. Akan tetapi, ada banyak usaha yang boleh kita buat untuk kita perbaiki.

“Pada masa sama, saya rasa ia tidak perlu sehingga hendak menukar mana-mana Exco sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Townhall Maqasid Syariah Based Governance di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");