Jenayah

Towkey Melarikan Diri, Mangsa Terkandas Di Monrovia

SIBU – Seorang mangsa yang terkandas di Monorovia, Liberia sejak 4 Feb lalu menceritakan bahawa mereka telah ditinggalkan begitu sahaja selepas towkay mereka menghilangkan diri apabila gagal mengikat urusan perniagaan di negara itu.

Enyang Ato, 66, antara kumpulan lapan rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu, mendakwa mereka dibawa ke negara itu oleh seorang towkay dari Sibu yang telah berkongsi RM30,000 dengan rakan perniagaannya dari Selangau untuk membuka sebuah kem pembalakan di negara itu.

“Kami pergi dengan towkay ke sana dua bulan lalu. Dia berada bersama kami selama seminggu sebelum melarikan diri setelah gagal mendapatkan urusan perniagaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas tiba di sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, lapor Utusan Online.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sibu (LTS), mangsa yang berasal Kapit itu membuat laporan di pondok polis LTS.

Selain Enyang, kumpulan dari Sarawak itu terdiri daripada Suhaili Gani, 39; Bon Egat, 45; Dingai Nyalak, 47, Salim Tahir, 49; Untol Luyang, 58; Aji Surau, 39 dan Gawan Masin, 41.

“Sukar untuk berkomunikasi dengan orang di sana kerana tidak boleh bertutur bahasa Inggeris. Mujurlah ada rakyat Malaysia yang bekerja dengan Sime Darby di Liberia yang memahami nasib kami dan memberikan nasi,” kata Enyang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mengiringi kumpulan itu dari KLIA dengan menaiki pesawat AirAsia dan tiba di sini pada jam 9.15 malam ini.

Hanya anggota keluarga Salim, Suhaili dan Dingai hadir di LTS untuk menyambut kepulangan mereka di samping ahli parti DAP dan PKR dari Sibu dan Selangau.

Isteri Dingai, Ros Anyie dari Rumah Rantai di Balingian, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu membawa pulang bapa kepada dua anaknya berusia 13 dan 18 tahun.

“Ini adalah kali ketiga suami pergi bekerja di luar negara dan insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ros yang mengetahui nasib yang menimpa suaminya beberapa minggu lalu.

Beliau berkata suaminya memberitahunya dia hanya mahu bekerja di luar negara untuk setahun lagi sebelum membuat keputusan mengenai pekerjaannya di sini.

“Terserah kepadanya tetapi bagi diri saya, dia boleh bekerja dalam negara dan bukan mencari rezeki di luar negara,” katanya.

Sementara itu, isteri Salim, Majenah Jeni, 37, berkata, suaminya pernah bekerja di negara Afrika dua kali sebelum ini dan tidak menghadapi sebarang masalah.

Menyifatkan insiden tersebut sebagai amat malang, katanya, beliau tidak dapat tidor apabila memikirkan nasib suaminya itu.

“Kini saya rasa lega apabila beliau tiba dengan selamat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");