Berita Hari Ini

TPM New Zealand Lawat Malaysia Hari Ini

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar New Zealand, Winston Peters akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, lawatan itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.

Katanya, Peters dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Lawatan ini akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan antara rakyat.

“Lanjutan daripada serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac lalu, kedua-dua pihak dijangka membincangkan usaha untuk mengukuhkan kerjasama dua hala menangani ancaman keganasan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");