Panasnya Hari Ini

UMNO-PAS Beri Gambaran Mahu Ancam Orang Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Orang bukan Islam merasa terancam dengan kerjasama PAS dan UMNO kerana kedua-dua parti itu memberi gambaran seolah-olah sedang bersiap siaga untuk berdepan dengan ancaman mereka.

Memetik laporan BH Online, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad, berkata beberapa ungkapan digunakan pemimpin kedua-dua parti pembangkang itu mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan orang bukan Islam.

Katanya, pandangan orang bukan Islam seperti Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, bahawa pemerintahan PAS dan UMNO akan menjadikan Malaysia negara Taliban, adalah hasil daripada tindakan dan ucapan pemimpin kedua-dua parti itu sendiri.

“Ia (kerjasama PAS-UMNO bakal membentuk negara Taliban) adalah hasil daripada suasana yang mereka sendiri hasilkan.

“PAS dan UMNO menggunakan ungkapan yang bahaya dan mengatakan orang Melayu terancam. Maka, seruan mereka itu adalah seruan untuk menyatukan orang Melayu dan Islam bagi menghadapi ancaman bukan Islam.

“Kalau mereka menggunakan seruan sedemikian rupa, tak salah bagi orang bukan Islam menganggap ia adalah satu kesatuan yang berasaskan kebencian terhadap bukan Islam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Kor Ming baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban, jika kerjasama PAS dan UMNO berjaya membentuk kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen senada dengan Kor Ming, selain menyifatkan kerjasama PAS dan UMNO bukan saja mengancam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya seluruh negara.

“Berdasarkan propaganda mereka sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, mereka menggunakan isu agama dan kaum.

“Saya setuju dengan Kor Ming bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Taliban jika PAS dan UMNO menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya yang kecewa dengan MCA dan MIC yang dilihat bersetuju dengan perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");