Panasnya Hari Ini

UMNO Yakin Tiada Lagi Ahli Parlimen Lompat Parti

HULU LANGAT: UMNO yakin tidak ada lagi mana-mana Ahli Parlimen daripada parti itu yang akan melompat keluar untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) seperti diharapkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tidak ada alasan bagi Ahli Parlimen parti itu untuk menyertai PH kerana perbalahan dalaman mereka sudah reda.

“Saya tak tahulah ada lagi ke orang (Ahli Parlimen) Barisan Nasional (BN) yang nak sertai PH. Yang didakwa nak keluar itu pastikah daripada UMNO?

“Saya yakin PAS, tak ada orang akan tinggalkan partinya. UMNO sekarang juga sudah mula tenang, tidak ada lagi masalah dalaman, jadi kita fokus dua tugas utama iaitu memperkasakan parti serta merangka strategi menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media Ceramah Perdana anjuran UMNO dan PAS di Bandar Seri Putra dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan lebih ramai Ahli Parlimen UMNO yang sealiran dengan PH, akan menyertai kerajaan sekali gus membolehkan mereka memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memudahkan urusan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas perkara sama, Tuan Ibrahim berkata, PAS dan BN sedia menyokong kerajaan sekiranya pindaan yang mahu dilakukan membabitkan perkara yang baik, seperti menurunkan usia mengundi.

“Bagi kami soal (pindaan) untuk menurunkan umur mengundi ini sebenarnya tak perlu lompat parti pun. Bagi kami dalam pembangkang, benda baik kita sokong.

“Tak perlu lompat, kita jaga integriti. Bahkan kami desak supaya bukan sahaja usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun, tapi juga mereka mesti didaftarkan secara automatik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");