Perak Hari Ini

UUK Tred 2017 Dibatalkan Serta Merta

IPOH- Kerajaan negeri hari ini telah membatalkan Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 2017 (UUK Tred 2017) yang berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, pembatalan tersebut dilaksanakan supaya tidak akan ada sebarang masalah yang akan timbul berkaitan dengan kenaikan kadar lesen dalam kalangan peniaga.

“Pihak kerajaan negeri menerima pelbagai aduan serta rungutan daripada para peniaga yang mengatakan kerajaan negeri telah menaikkan kadar lesen seiring dengan kelembapan ekonomi sedia ada.

“Keputusan tersebut dibuat atas dasar keperihatinan kerajaan PH tentang soal kebajikan sara hidup serta bagi membela rakyat di negeri ini selari dengan manifesto kerajaan PH pada PRU yang lalu,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing.

Selain itu beliua berkata, UUK Tred 2017 tersebut merupakan kadar lesen yang telah diluluskan pada 5 Desember 2012 dan diwartakan pada tahun 2017 dan dilaksanakan oleh 12 daripada 15 PBT di negeri ini.

“Dengan pembatalan ini, UUK Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 1989 akan berkuatkuasa semula mengikut ketepatan kadar yang sedia ada malah, menunjukkan perbezaan yang begitu ketara berbanding dengan UUK Tred 2017,” katanya.

Tambah Tan Kar Hing, kompaun bayaran lesen mengikut UUK Tred 2017 menunjukkan kadar kenaikan sebanyak 100 peratus malahan mencecah 400 peratus berbanding dengan UUK Tred 1989.

Disamping itu kata Choo Kiong lagi, bagi peniaga yang telah membuat pembayaran, potongan akan diberikan atau pembayaran diselaraskan semula pada tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");