Panasnya Hari Ini

Wang Pada Pemimpin PAS ‘Diputihkan’ Melalui Akaun Lain – Laporan

Wang yang disalurkan kepada pemimpin PAS dilaporkan tidak dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing, tetapi ‘diputihkan’ menerusi beberapa akaun lain terlebih dahulu.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan, mereka difahamkan langkah itu dibuat bagi mengelakkan transaksi itu dikesan atau dibuktikan dengan mudah jika dihidu.

Menurut laporan itu lagi, wang dibekukan dalam siasatan penyaluran wang RM90 juta dari Umno kepada pemimpin PAS bukan sahaja milik individu disyaki, tetapi juga pihak yang terlibat dalam proses pemutihan wang.

“Penggunaan akaun lain untuk menerima wang bertujuan menggelakkan transaksi dikesan, serta bagi mengaburi pihak berkuasa,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");