Berita Hari Ini

1,500 Penduduk Gerik Berisiko Keracunan Arsenik

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendakwa berikutan loji rawatan air (LRA) Ayer Ganda di Gerik, Perak, tidak ditutup pada peringkat awal pencemaran sungai yang menjadi punca airnya, lebih kurang 1,500 penduduk kini berisiko keracunan arsenik.

Pengerusinya Charles Santiago berkata, sehubungan itu pada 9 April lalu SPAN telah mengarahkan Lembaga Air Perak (LAP) supaya menghentikan serta merta operasi LRA Gerik, Perak.

LRA Ayer Ganda yang berkapasiti mengeluarkan 0.68 juta liter air sehari itu membekalkan air kepada kira-kira 312 akaun pengguna di Kampung Ayer Ganda di situ.

“SPAN juga mengesyorkan supaya LAP memberkalkan air kepada pengguna di kawasan terlibat dengan menggunakan lori tangki dan menempatkan tangki statik di lokasi strategik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 4 April lepas, pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari mendedahkan Sungai Rui diyang menjadi sumber air LRA Ayer Ganda dipercayai tercemar kerana mengandungi arsenik.

Beliau berkata, pencemaran itu dikenal pasti menerusi pemantauan kualiti air oleh Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Alam Sekitar di sungai berkenaan baru-baru ini.

Katanya, LAP juga diarahkan membekalkan air kepada kira-kira 312 akaun pengguna di Kampung Ayer Ganda menggunakan lori tangki dan menempatkan tangki statik di lokasi terlibat.

Dalam pada itu, Charles berkata, berdasarkan keputusan mesyuarat pada Selasa lalu, SPAN memberi amaran supaya LRA tersebut ditutup, selain meminta Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk kawasan terbabit.

“Kita juga minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memeriksa sama ada ikan dan hidupan air lain di Sungai Rui turut terjejas dengan keracunan arsenik lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");