Perak Hari Ini

4,494 Isi Rumah Di Perak Layak Terima Rebat Elektrik RM40

IPOH: Sebanyak 4,494 rumah miskin tegar dan miskin akan menikmati rebat elektrik berjumlah RM40 di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40 bermula 1 Januari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamahri berkata program ini adalah bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, 2 November lalu.

“Bagi negeri Perak, jumlah penerima eKasih yang dikenal pasti layak oleh kerajaan adalah seramai 4,494 dan dari jumlah yang tersenarai hanya 2,240 atau bersamaan 49.8% yang telah menikmati rebat RM40 bermula Januari lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan Rebat Kerajaan RM40 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa pihak Pejabat Daerah dan Tanah setiap daerah dengan kerjasama pihak TNB akan berusaha untuk mengesan seramai 2,254 keluarga lagi yang tidak mempunyai akaun elektrik yang didaftarkan di atas nama mereka.

“Antara inisiatif yang telah dilaksanakan untuk mengesan golongan sasaran ini adalah dengan  pembukaan kaunter khas oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pihak TNB.

“Pihak TNB juga telah mengambil tindakan proaktif dengan meminta Pembaca Jangka TNB  untuk turut mengesan penerima yang terlibat terus daripada kediaman mereka,” katanya.

Ujarnya lagi, kebanyakkan yang masih belum berdaftar ini daripada daerah Perak Tengah dengan seramai 298 pengguna, diikuti dengan daerah Larut, Matang, Selama iaitu dengan 259.

Pada perkembangan sama, beliau juga merakamkan jutaan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri Perak di atas inisiatif dan sokongan penuh yang diberikan kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk menjejaki penerima berdaftar eKasih ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");