PUTRAJAYA – 5G akan memberi impak kepada setiap industri yang penting untuk pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Berucap pada majlis pelancaran Pameran 5G di sini hari ini beliau berkata, industri seperti pembuatan, yang menyumbang 22 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tempoh lima tahun lepas, kekal penting kepada ekonomi negara, dan kira-kira 98.5 peratus daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia adalah dalam dalam sektor pembuatan.
“Menerusi perkilangan pintar atau ‘massive machine-type communications’, kerajaan berharap ia dapat menarik pelaburan dengan nilai tambah yang tinggi, berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan seperti dalam bidang aeroangkasa, kimia dan produk kimia, peralatan jentera, peralatan perubatan dan elektrik serta elektronik,” katanya. – Bernama
Komen & Pendapat