Perak Hari Ini

6 Kampung Orang Asli Terima Air Terawat Sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah

IPOH: Lebih 1,100 penduduk dari enam kampung orang asli di daerah Batang Padang, Perak akan menerima bekalan air terawat dengan pemasangan sistem rawatan air lapangan SafeWhere sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah (YSAS) dengan kerjasama Pasukan Tindakan dan Bantuan Perubatan Islam Malaysia ( IMARET) dan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.

Pembinaan 10 unit sistem rawatan air berkuasa solar yang dibangunkan oleh IMARET itu dijangka siap Ogos depan dengan membabitkan dana keseluruhan sekitar RM 1 juta ringgit termasuk kos penyelenggaraan selama 10 tahun dan pembinaan empangan mini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau merasa amat bertuah kerana badan sukarelawan seperti Imaret, yang dibarisi oleh pakar-pakar perubatan dan sukarelawan tampil untuk menyahut seruan membantu komuniti Orang Asli di negeri ini.

“Ini sehaluan dengan iltizam kerajaan negeri iaitu untuk membantu menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di negeri ini secara menyeluruh.

“Komuniti itu juga perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya, sama seperti kaum-kaum lain di negeri ini. Mereka wajar diberi perhatian dan menikmati kemajuan, kerana golongan ini juga mempunyai hak keistimewaan yang dijamin oleh perlembagaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani (MOU) pemasangan sistem SafeWhere antara Yayasan Sultan Azlan Shah dan IMARET.

Antara yang hadir pada majlis tersebut, YTM Raja Datuk Seri Eleena Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Saham YSAS, Datuk Dr Musa Nordin, Penasihat IMARET dan Hasnul Zulkarnain, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak.

Ujar Ahmad Faizal lagi, enam kampung orang asli yang akan dipasang dengan sistem rawatan air lapangan itu ialah Kg Orang Asli Batu 14, Kg Orang Asli Batu 15, Kg Orang Asli Batu 16, Kg Orang Asli Batu 17 Sekam Bawah, Kg Orang Asli Batu 17 Landing Zone dan Kg Orang Asli Batu 19 di Daerah Batang Padang.

“Kampung ini dipilih selepas kajian dijalankan IMARET dan Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang yang memerlukan keperluan air terawat dan mereka sebelum ini hanya bergantung kepada sumber semulajadi yang terdedah kepada risiko penyakit bawaan air” katanya.

Pada perkembangan sama, data terkini menunjukkan terdapat 261 kampung Orang Asli di Perak dengan 95 darinya terletak di Daerah Batang Padang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");