Membawang Hari Ini

Aktiviti Amal Noh Hujan Jadi Inspirasi

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noh Hujan tersentuh apabila pembabitannya dalam aktiviti amal yang sering dikongsi di laman sosial, Instagram memberi inspirasi kepada pengikutnya.

Vokalis kumpulan Hujan itu berkata, dia gembira apabila kerja amal yang disertai, sama ada di dalam atau luar negara menjadi contoh kepada orang lain untuk melakukan perkara sama.

“Baru-baru ini, saya berpeluang ke Miri, Sarawak untuk menjual cakera padat, selain mengadakan sesi bertemu peminat. Ramai juga yang hadir dan kebanyakan mereka masih di bangku sekolah.

“Saya terharu apabila dimaklumkan, mereka turut membuat kerja amal dengan mengunjungi rumah orang tua. Sebagai peminat saya, mereka juga terdorong melakukan perkara yang sama.

“Hati saya sangat tersentuh, malah seperti mahu menangis apabila kerja baik yang saya lakukan turut menjadi contoh kepada orang lain,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Angin Kencang dan Renjana itu berkata, sebagai selebriti, dia bertanggungjawab menyajikan pengisian bermakna kepada pengikutnya di media sosial, bukan hiburan semata-mata.

“Lebih baik media sosial, terutama untuk mereka yang berpengaruh, memanfaatkan kelebihan itu dengan menyalurkan perkara berfaedah.

“Jangan hanya berkongsi gambar swafoto atau elemen hiburan semata-mata. Saya ada juga berkongsi pelbagai aktiviti bermanfaat lain seperti penjagaan kesihatan, senaman dan penyediaan makanan sihat,” kata penyanyi berusia 34 tahun.

Noh ditemui ketika menjayakan Konsert Evolusi 73 terbitan Radio Televisyen Malaysia di Panggung Anniversari, di sini, Ahad lalu.

Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-73 RTM itu turut membariskan penyanyi popular seperti Datuk M Nasir, Datuk David Arumugam, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Akim & The Majistret dan Sarah Suhairi- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");