Membawang Hari Ini

Anuar Mahu Cuba Balada Korea

KUALA LUMPUR: Mula mencari bahan untuk projek album baharu, Anuar Zain mengaku menggemari lagu balada Korea dan tidak keberatan mencuba genre itu.

Anuar berkata, dia sering mendengar lagu balada Korea dan mendapati susunan muziknya menarik selain mudah dihayati.

“Saya teruja dengan muzik balada Korea. Lagu-lagunya mempunyai susunan muzik yang sederhana tetapi sedap dan mesra pendengar.

“Dalam mencari karya terbaik, saya buka kepada sesiapa sahaja untuk memberi material indah. Selalunya, muzik saya lebih ke arah balada dengan iringan orkestra.

“Kali ini, saya mencari lirik dan muzik yang mudah ‘melekat’ di hati peminat,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Anuar atau nama penuhnya, Shahrul Anuar Zain, 49, akan menyertai Star Vendors Mega Raya Fest 2019 yang turut disertai 40 artis lain di sini, bulan depan.

Ini kali pertama dalam sejarah 34 tahun menjadi artis, Anuar menyertai acara seumpama itu dengan menjual serum wajah jenama Allevier.

Ditanya mengapa kali ini dia memilih berniaga dalam bazar seumpama itu, Anuar berkata:

“Suatu cabaran buat saya kerana tidak pernah berniaga di bazar. Kenapa sekarang? Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mencari kelainan dalam mencari sesuatu yang baharu termasuk dalam sektor perniagaan,” katanya.

Mengenai usaha menarik perhatian pembeli, Anuar berkata, dia tidak perlu terjerit-jerit atau agresif, sebaliknya menjadi diri sendiri lapor BHarian.

“Saya akan kekal dengan personaliti diri… Tak akan jadi orang lain.

“Apa yang pasti, saya mahu tunjuk produk ini bagus. Peminat boleh melihat sendiri testimoni… Sudah pasti wajah sendiri kerana saya menggunakannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");