Perak Hari Ini

Armada Bersatu Perak Kecam Tindakan Periksa MPV Polis

IPOH: Armada Bersatu Perak mengecam tindakan lima individu yang bertindak dengan memeriksa kereta peronda polis (MPV) pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menyifatkan tindakan tersebut sebagai suatu tindakan yang melampau kepada anggota pihak berkuasa.

Katanya, menjadi pemimpin ataupun penyokong parti pemerintah bukanlah sebagai satu ‘tiket’ kepada mana-mana pihak untuk bertindak kurang ajar dan tidak menghormati mereka.

“Sepatutnya semua pihak mesti menghormati tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada pihak PDRM untuk menjaga keselamatan.

“Sama ada bagi pihak parti pemerintah mahupun parti pembangkang mereka perlu akur peranan pihak tersebut dalam memastikan segala urusan pilihanraya kecil berjalan lancar sepanjang tempoh kempen berlangsung sehinggalah hari mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu tambahnya, Armada Bersatu Perak mengucapkan penghargaan kepada pihak polis yang telah menjalankan amanah mereka dengan profesional dan penuh dedikasi sepanjang enam PRK yang telah berlangsung selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");