Perak Hari Ini

Armada Mahu Polis Siasat Siapa Exco Tidak Bertanggungjawab

IPOH- Armada Bersatu Perak telah membuat satu laporan polis berhubung wujudnya seorang EXCO kerajaan negeri yang dikatakan mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua Armada Perak, Azrul Hakkim di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, petang tadi.

Sebelum itu, pada satu sidang media, Azrul Hakkim meminta seorang ADUN UMNO yang mendakwa pernah bertemu dengan seorang EXCO kerajaan negeri bagi berbincang mengenai kedudukan menteri besar dan perjalanan kerajaan negeri untuk tampil.

“Jika benar pertemuan itu berlangsung, ia jelas sebagai satu tindakan tikam belakang terhadap menteri besar, exco dan kerajaan negeri keseluruhannya.

Beliau juga berkata, wujudnya satu rakaman audio yang telah tular di sosial media mengenai perbincangan exco tersebut dengan wakil pembangkang yang dikatakan telah menghina Tun Mahathir serta Menteri Besar Perak.

“Saya mohon ADUN-ADUN pembangkang untuk tampil dan menjelaskan siapa individu yang tidak bertanggungjawab itu bagi menghentikan isu ini.

“Parti yang dianggotai oleh EXCO tersebut juga perlu mengambil tindakan terhadap individu tersebut yang dikatakan tidak menyokong kepimpinan ketua kerajaan negeri,” katanya.

Ujarnya lagi, pihak berkuasa perlu menyiasat perbuatan individu tersebut kerana isu sebegini dianggap serius dan mampu mengancam kestabilan kerajaan negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");