Sukan Hari Ini

Azlan Shah Cedera, Terlepas Aksi Moto2

KUALA LUMPUR: Pelumba ONEXOX TKKT SAG, Azlan Shah Kamaruzaman tidak akan menyertai dua perlumbaan Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) hari ini selepas mengalami kecederaan pada sesi kelayakan, malam tadi.

Azlan terjatuh pada sesi kelayakan pertama yang berlangsung dalam keadaan litar basah di Sirkit Estoril, menyaksikan dirinya mengalami patah di salah satu tulang rusuknya.

“Semuanya berlangsung dengan baik sehinggalah saya melakukan kesilapan, saya hilang kawalan di bahagian belakang dan menyebabkan saya terjatuh.

“Saya dapat merasakan keserasian dengan motosikal yang menggunakan pelarasan basah tetapi disebabkan insiden itu saya patah di bahagian tulang rusuk.

“Meskipun saya cuba untuk menyertai sesi kelayakan kedua, kesakitan masih dirasai jadi saya tidak menyertai sesi berkenaan.

“Saya memohon maaf kepada pasukan dan juga semua yang berusaha keras pada minggu ini untuk saya. Saya minta maaf, saya tidak boleh berlumba esok (hari ini),” kata Azlan.

Rakan sepasukannya, Ramdan Rosli bakal menggalas cabaran pasukan berseorangan, memulakan perlumbaan dari petak ke-12 selepas melakukan masa sepusingan terbaiknya, 1 minit 56.933 saat pada sesi kelayakan kedua lapor BHarian.

“Saya mempunyai rentak yang baik untuk kedua-dua sesi,” kata Ramdan. “Saya mempunyai pelarasan yang baik pada sesi pagi yang membenarkan saya memperbaiki catatan masa sepusingan.

“Kemudian pada sesi kedua, saya dapat rasakan yang saya tak mampu lagi untuk pergi ke tahap maksimum kerana tak dapat mengawal motosikal dengan baik ketika saya cuba memecut.

“Apapun, saya sangat gembira dengan progres ini dan kita lihat apakah yang mampu dilakukan esok (hari ini).”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");