Berita Hari Ini

Balik Selepas Lima Hari ‘Ghaib’

LUNDU: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Gerunggang, di sini, sejak lima hari lalu, akhirnya balik ke rumah dalam keadaan selamat, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, Joseph Basir, 68, balik sendiri ke rumah pada jam 5.09 petang kelmarin, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan untuk mengesannya di kawasan hutan berkenaan.

“Kepulangan mangsa itu disedari anaknya. Ketika ditemui mangsa yang dalam keadaan lemah sedang berjalan balik ke rumah mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Joseph dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada Selasa lalu selepas bersama dua saudaranya memancing ikan di Sungai Stunggang, di sini.

Dia disedari hilang selepas kedua-dua saudaranya itu pulang ke rumah pada jam 4 petang tetapi mangsa tidak ikut bersama.

Usaha mencarinya kemudian dijalankan oleh ahli keluarga namun masih gagal ditemui malah jejaknya juga tidak dapat dikesan.

Kehilangan mangsa kemudian dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu selepas dimaklumkan oleh anggota dari Balai Polis Lundu.

Operasi SAR kemudian dijalankan bersama bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung namun masih gagal mengesan mangsa walaupun radius pencarian diperluaskan sehingga 4.7 kilometer termasuk di lokasi mangsa kali terakhir dilihat dan di sepanjang tepi Sungai Stunggang Hulu.

Katanya lagi, operasi SAR ditamatkan serta-merta sebaik sahaja mangsa dimaklumkan balik sendiri ke rumahnya, petang kelmarin lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");