Berita Hari Ini

Bekas ADUN Kundasang Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Mynoor Ginggor, 71, meninggal dunia di Hospital Ranau pada jam 3.30 petang Khamis.

Menurut anaknya, Jasni Mynoor, 48, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut pada tengah hari kerana keadaannya yang sangat lemah.

“Sebelum ini arwah memang sakit dan pernah menjalani pembedahan di kakinya pada tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, Khamis malam, lapor Astro Awani.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Supiah Liman serta empat orang anak dan jenazah dikebumikan malam ini (Khamis) di tanah perkuburan Kampung Lembah Permai, Kundasang.

Semasa Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) memerintah Sabah pada tahun 1976 hingga 1985, Allahyarham pernah menjadi pembantu menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");