Sukan Hari Ini

Belum Mampu Takluk Asia

BARISAN pelumba elit negara pulang tanpa sebarang pingat dari Kejohanan Lebuhraya Asia di Tashkent, Uzbekistan yang berakhir hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, harapan terakhir menerusi acara lepas beramai-ramai lelaki elit yang menggandingkan dua pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) tidak kesampaian.

Perlumbaan membabitkan jarak sejauh 166.6 kilometer dengan laluan berbukit jelas mencabar apabila ia dikuasai pelumba Kazakhstan, Yevgeniy Gidich dengan catatan empat jam 03:21 saat.

Pelumba terbaik negara adalah Mohd Shahrul Mat Amin yang berada di kedudukan ke-17 diikuti Muhammad Zawawi Azman (19), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (26) dan Akmal Hakim Zakaria (35).

Manakala acara ujian masa berpasukan elit yang diketuai Mohd Fauzan Ahmad Lutfi berada di kedudukan keenam dengan acara berkenaan diletakkan sebagai sandaran untuk emas di Sukan SEA Filipina penghujung tahun ini.

Peluang terbaik negara hadir menerusi acara lepas beramai-ramai B-23 apabila Muhsin Al Redha Misbah menduduki tempat keempat dengan mencatatkan dua jam 53:07 saat.

Saingan kategori masters (40-44 tahun) menyaksikan hasrat Norhasmat Abdul Aziz mempertahankan emas ujian masa individu tidak kesampaian dengan cuaca sejuk menjejaskan kayuhannya dan terpaksa akur dengan perak.

Paling cemerlang skuad para berbasikal negara yang meraih dua emas, dua perak dan dua gangsa pada pada Selasa lalu bagi misi mengutip mata maksimum mungkin bagi kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");