Sukan Hari Ini

Benjamin Dyball Tidak Akan Lepas Gelaran Juara LTdL 2019

Pelumba Sapura Cycling, Benjamin Dyball sekali lagi berjaya menggungguli carta peringkat ketujuh, LTdL 2019 di Pantai Cenang.

Tanpa sedikit pun merasa gentar Dyball masih memegang gelaran Juara Keseluruhan dan sekaligus memakai jersey kuning.

Turut mempertahankan gelaran Raja Pecut, Travis Mc Cabe dari pasukan Floyds Pro Cycling dengan selesa terus memakai Jersey Hijau.

Gelaran Raja Bukit, begitu selesa dipertahankan pelumba dari Oliver Real Food Cycling, Angus Lyons.

Jersey putih juga sekali lagi menjadi milik Vadim Pronskiy, pelumba dari Vino Astana Motors dan sekaligus mempertahan gelaran Terbaik Asia.

Esok merupakan hari terakhir penganjuran LTdL 2019 di Langkawi dengan laluan sejauh 103.8 km bermula di Dataran Lang dan berakhir di Kuah.

Difahamkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed akan bersama-sama penduduk Langkawi memberi sokongan kepada pelumba.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");