Perak Hari Ini

Bersatu Kuala Kangsar Prihatin

KUALA KANGSAR – Penderitaan sepasang suami isteri yang terpaksa tinggal dalam rumah yang rosak akibat ribut di Kampung Bekor dekat sini, mendapat perhatian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kuala Kangsar, hari ini.

Memetik satu kenyataan, rumah milik Ahmad Ruslan Nek Sulaiman, 61 dan isterinya itu rosak akibat ditimpa pokok ketika ribut melanda kampungnya pada 10 April lalu.

Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan komitment untuk menghulurkan bantuan membaiki rumah tersebut.

Difahamkan penduduk kampung bersama-sama ahli parti telah bergotong-royong bagi membersihkan rumah tersebut

“Kami dapati rumah itu rosak hampir 50 peratus dan keadaan itu tentunya mendatangkan kesukaran kepada Ahmad Ruslan dan isterinya yang menghidap penyakit kronik termasuk kencing manis, jantung dan darah tinggi.

“InsyaAllah kami akan mencari dana dan membantu membaiki rumah berkenaan bagi membolehkan mereka dapat kembali hidup dalam keadaan selesa seperti sebelum ini,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada pasangan tersebut.

Iskandar Dzulkarnain, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak turut berkunjung ke Kampung Basong bagi menziarahi seorang lagi warga emas, Ahmad Basri Mohd. Said yang terlantar dan lumpuh seluruh badan akibat penyakit angin ahmar.

Dalam kunjungannya itu, beliau menghulurkan bantuan berupa katil kepada individu tersebut.

Dalam majlis berasingan, beliau turut menyerahkan bantuan kerusi kepada Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa sebelum menghadiri perjumpaan bersama pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Kuala Kangsar di Sayong Resort untuk membincangkan perancangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");