Membawang Hari Ini

Buka Tudung, Fathia Dakwa Enggan Hidup Berpura-pura

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff, 32, mengaku enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.

Fathia mendakwa keputusan membuka tudung sudah lama difikirkan, tetapi dirinya masih mahu menjaga hati keluarga.

Namun, luah Fathia, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung sejak Jumaat lalu.

“Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.

“Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah.

“Saya mahu membersihkan hati dulu, sebelum berubah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang pernah melonjak popularitinya menerusi drama Ariana Rose itu memberitahu, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa ‘dipijak’ dan dihina.

“Lebih baik, saya bersikap jujur daripada hidup berpura-pura.”Saya gembira dan merasakan kembali bersemangat untuk hidup apabila melakukan apa yang saya suka.

“Bukan saya tidak cuba istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Saya anggap ini kekurangan diri yang harus saya perbaiki,” katanya.

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung, Ahad lalu. Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");