Panasnya Hari Ini

‘Bukan Tak Ada Duit, Saya Lupa Beli Rumah Di Seremban’

Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan hari ini menjawab kritikan ke atasnya selepas kes berhubung pemindahan wang RM10 juta yang pernah dikaitkan dengannya dibangkitkan semula dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Rantau ketika ini.

Mengungkit kes sedekad lalu itu, pengkritik menyindir Mohamad yang menyatakan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediaman menteri besar susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu.

Dalam sidang medianya hari ini, Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk mengatakan tidak mampu membeli rumah lapor MKini.

“Saya kata saya tak ada tempat untuk dituju, bukannya tak ada duit.. Saya lupa beli rumah di Seremban.

“Sebagai seorang lelaki, ayah dan suami, saya rasa sangat sedih. Saya tak tahu mahu bawa keluarga saya pergi mana.

“Saya sepatutnya mempunyai satu kediaman di Seremban,” kata Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");