Perak Hari Ini

Cadang Bina Reban Ayam Tertutup Tangani Masalah Lalat

MANJUNG- Masalah lalat di Daerah Manjung yang berlarutan sejak pemerintahan kerajaan terdahulu masih lagi belum dapat diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun masalah lalat tersebut bukanlah satu masalah yang baru, tetapi kerajaan kini akan cuba untuk menyelesaikan masalah lama yang masih wujud.

“Kami juga bukanlah manusia sempurna yang dapat menyelesaikan semua masalah dalam tempoh masa yang pendek, namun apa yang lebih penting adalah komitmen untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kami yakin dengan iltizam dan sokongan daripada rakyat, kerajaan negeri mampu menyelesaikan masalah tersebut kerana jika dilakukan suatu pembaharuan mungkin saja akan mendapat bantahan daripada sebahagian kecil penternak ayam khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) Projek Bandar Baru Setia Awan Perdana Fasa 1, Manjung di sini, hari ini.

Katanya, pihak kerajaan negeri sedang melakukan usaha bagi menyelesaikan masalah lalat di kawasan tersebut kerana ia didapati merupakan masalah yang merunsingkan rakyat.

“Kita tahu apakah puncanya dan mendapati sistem penternakan ayam yang moden dapat menyelesaikan masalah di kawasan sekitar.

“Pihak kerajaan negeri mencadangkan supaya mewujudkan penglibatan antara penternak ayam di kawasan Setiawan dan daerah Manjung dimana satu penyelesaian dapat dilakukan dengan mengadakan reban ayam tertutup,” katanya.

Tambah beliau, perubahan teknik penternakan iaitu dari segi tradisional kepada moden, ianya bakal memudahkan penternak tersebut.

“Namun wujud masalah dari segi pengeluaran modal atau kos bagi memodenkan reban-reban ayam tersebut dan kerajaan negeri akan sedaya untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu para penternak.

Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai pelancaran majlis tersebut dimana projek berkenaan meliputi 10,000 unit rumah apabila keseluruhan projek tersebut siap dibangunkan dan menjadi satu projek perumahan yang terbesar di negeri Perak.

“Kerjasama antara Perbadanan kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan syarikat pemaju iaitu Taraf Nusantara Sdn Bhd telah berjalan dengan sangat baik dan segala perancangan berjalan mengikut jadual disamping dapat mewujudkan satu bandar baru di daerah ini

“Pihak kerajaan negeri akan membuka satu pejabat daerah atau Majlis Perbandaran Manjung serta beberapa infrastruktur kepada rakyat seperti klinik dan sebagainya,” katanya.

Projek Bandar Baru Setia Awan Perdana merupakan projek yang meliputi tiga fasa yang mana pada fasa pertama telah terbangunnya sebanyak 1,147 unit dengan harga pelancaran serendah RM135,000 sahaja khusunya kepada golongan B40.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");