Berita Hari Ini

Calon Pilihan Raya Indonesia Minta ‘Bantuan Alam Ghaib’

PALEMBANG: Makam ulama terkenal, Ki Marogan di Selatan Sumatera mula menarik ramai pengunjung terutama di kalangan calon menjelang musim kempen pilihan raya Indonesia 2019.

Menurut BH Online, difahamkan ramai calon perwakilan mula mendapatkan bantuan ‘kuasa alam ghaib’ menjelang pilihan raya 17 April ini, dengan mengunjungi pusara tokoh-tokoh yang dihormati atau mendoakan roh nenek moyang mengikut amalan ritual tradisional.

Beberapa calon perwakilan di sini turut mengunjungi makam ulama terkenal tempatan, Ki Marogan, serta makam keluarga diraja Kerajaan Sriwijaya di Bukit Siguntang.

Antaranya calon perwakilan Parti Golkar, Anita Noeringhati, yang mengunjungi makam Ki Marogan untuk memberi penghormatan.

Menurutnya, banyak makam di Palembang adalah tapak bersejarah

“Ketika berkunjung, seorang ustaz membantu saya untuk berdoa dengan betul,” kata Anita yang sering ke makam terbabit sejak sebelum pencalonan lagi.

Menurut jurucakap Yayasan Kiai Muara Ogan (Ki Marogan), Ismail, calon perwakilan turut mengunjungi kawasan perkuburan di daerah lain seperti Lampung dan Jakarta. Mereka biasanya berkunjung secara berkumpulan, katanya.

“Mereka tidak secara terang-terangan mengakui hadir sebagai calon perwakilan, tetapi mereka berdoa untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya,” kata Ismail.

Penjaga makam Raja Segentar Alam di Bukit Siguntang, Palembang, Yadi, turut berkongsi kisah yang sama.

Menurut Yadi, beliau mengenali mereka walaupun kebanyakannya tidak mendedahkan niat atau identiti sebenar mereka.

Seorang calon perwakilan, Hartono bagaimanapun menafikan tindakan calon-calon itu adalah sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

“Lawatan kami bukan bererti kami tidak percaya kepada Tuhan. Bagi orang Jawa, ia dipanggil usaha. Kami tetap berserah kepada Tuhan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");