Perak Hari Ini

Dadah Jenis Heroin Bernilai RM274 Ribu Dirampas

IPOH- Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dan merampas 6.865 kilogram dadah jenis heroin dalam satu serbuan di kawasan Surau Plaza Tol Alor Pongsu, Bagan Serai semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner V.R Ravi Chandran berkata, serbuan dijalankan pada jam 4 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak.

“Dadah yang bernilai RM274, 609 mampu menampung kegunaan lebih 10,298 orang penagih untuk sehari jika diagihkan.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu jenayah samun dan dadah,” katanya.

Selain itu, sebuah motokar turut dirampas yang diaggarkan bernilai RM30,000.

Menurutnya, suspek yang tidak berkerja itu kini direman sehingga 25 April ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan dengan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati,” katanya.

Dalam pada beliau berkata, pihaknya juga semakin giat menjalankan operasi bersepadu di pusat-puaat hiburan, pot-pot dadah, rumah tumpangan dan sebagainya pada setiap bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");