Panasnya Hari Ini

DAP: Pulihkan Sokongan Kaum India Pada PH Sebelum Terlewat

PH perlu memulihkan kembali keyakinan masyarakat India terhadap gabungan itu yang dilihat kian merosot selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam PRK lalu.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar, berkata pendirian kaum India dalam tiga PRK terakhir lalu – iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau – menimbulkan persoalan.

“Walaupun majoriti kaum India masih menyokong PH tetapi ada segelintir sudah mengubah pendirian. Mereka ialah kaum India mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadap kerajaan baru.

“Mereka mengharapkan peluang dalam sektor awam, perniagaan, pembinaan, pendidikan, pertanian dan sebagainya.

“Selepas 10 bulan PH memerintah, mereka berasa kecewa kerana jangkaan mereka tidak dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah anggota parlimen Batu Gajah itu lagi masyarakat India juga mahukan PH menunaikan manifestonya khususnya membabitkan kepentingan kaum terbabit.

Katanya, selagi isu berkenaan tidak dipandang serius oleh kerajaan PH, sokongan masyarakat India akan terus terhakis.

Sabtu lalu, Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau selepas menewaskan calon PH, Dr S Streram dan dua calon bebas.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memenangi PRK DUN Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

PRK DUN Rantau diadakan selepas mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan Mohamad dalam PRU ke-14 lalu.

Sementara itu, Sivakumar berkata, sokongan kuat masyarakat India terhadap PH pada PRU lalu harus dipertahankan.

Justeru katanya isu yang membabitkan kepentingan masyarakat India harus diberi perhatian serius oleh PH lapor MKini.

“Selagi isu ini tidak dipandang serius dan diambil tindakan, sokongan kaum India akan terus terhakis.

“PH masih mempunyai peluang untuk memperbaiki keadaan jika dapat bertindak segera. Jangan sampai nasi menjadi bubur,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");