Berita Hari Ini

Datuk Bandar Ipoh Dipindah Ke Pentadbiran Setiausaha Perak, Kata JPA

PUTRAJAYA: Tempoh perkhidmatan Zamri Man sebagai datuk bandar Ipoh dipendekkan mulai 17 Februari lalu atas faktor kesihatan, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam.

JPA dalam kenyataan hari ini berkata, Zamri ditempatkan di pentadbiran setiausaha kerajaan Perak keesokannya bagi memudahkannya menjalani rawatan pemulihan.

“Pentadbiran setiausaha kerajaan negeri Perak telah mengenal pasti calon pengganti yang bersesuaian dan akan isi jawatan tersebut dalam masa terdekat.”

JPA berkata, dakwaan Zamri akan disingkirkan daripada jawatan itu kerana menghilangkan diri selama beberapa bulan, tidak tepat memetik laporan FMT.

Ahad lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong dilaporkan berkata, datuk bandar Ipoh yang baru akan dilantik selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi menggantikan Zamri yang didakwa “hilang” tanpa berita.

Katanya, Zamri tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak mengemukakan sebarang sijil sakit selama beberapa bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");