Perak Hari Ini

Digital Perak: Penjenamaan Bukan Hanya Nama, Tetapi Budaya Kerja Dan Sikap

IPOH- KPerak Implementation & Coordination Corporation (KPerak) telah dijenamakan semula sebagai Digital Perak Corporation Holdings dengan nafas dan budaya kerja yang baru.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi , Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, beliau mahu mengubah gaya kerja memberi fokus mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan.

“Jika KPI ini tidak dapat diikuti, maka anda tidak layak menjalankan tanggugjawab di bawah agensi ini.

“Dan jika ada amanah yang diberikan jangan culas di tengah jalan,” katanya.

Hari ini Prof Madya Dr Mohammad Tazli Azizan telah melapor diri dan memulakan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPerak Implementation & Coordination Corporation secara rasmi.

Selain itu beliau turut meminta Dr Mohammad Tazli yang bertugas sebagai CEO baru untuk memantau secara lebih dekat dan memastikan semua kakitangan berkerja dengan amanah dan mengikut waktu kerja yang ditetapkan serta menyiapkan tugasan mengikut ketetapan waktu

“Pastikan semua warga Digital Perak bekerja secara amanah dan bertanggungjawab,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");