Membawang Hari Ini

Elyana Anjur Konsert Kumpul Dana Buat Pesakit Kanser

KUALA LUMPUR- Penyanyi, Elyana, 32, bakal mengadakan sebuah konsert bagi mengumpul dana buat pesakit kanser menerusi Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Menurut Elyana atau nama penuhnya, Erneelya Elyana Emrizal, yang juga pesakit kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu, konsert berkenaan sebagai bukti kekuatan dia melawan penyakit tersebut.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada semua pesakit kanser di luar sana supaya berhenti meratap dan teruskan berjuang melawan apa juga sakit yang kita ada.

“Saya berharap sumbangan yang saya berikan ini boleh membantu rakan-rakan senasib dengan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar  Elyana: Jadi Diriku 19 Live In Concert, di The Red Box, The Gardens Mall, di sini sebentar tadi.

Selain mahu mengumpul dana, konsert tersebut juga sempena meraikan usia 19 tahun Elyana dalam industri dan hadiah buat peminat yang selama ini tidak jemu menyokong perjalanan seninya.

“Ini adalah konsert pertama saya sejak bergelar penyanyi ketika berusia 15 tahun dan sejujurnya, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya.

“Saya anggap konsert ini sebagai apresiasi istimewa buat para peminat dan saya akan cuba berikan yang terbaik,” katanya lagi.

Dua tahun lalu, Elyana mengejutkan peminat apabila mendedahkan rahsianya yang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat sewaktu tersingkir daripada program realiti Gegar Vaganza musim keempat lapor Kosmon Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");