Sukan Hari Ini

England Pilihan Euro 2020 – De Bruyne

LONDON: Kemunculan pemain-pemain muda seperti Phil Foden dan Callum Hudson-Odoi yang memperkuat England menjadikan pasukan itu sebagai pilihan, bersama Perancis, untuk memenangi Kejuaraan Eropah tahun depan, kata bintang Belgium dan Manchester City Kevin De Bruyne.

Foden, lulusan akademi Manchester City, membuat penampilan pertama Liga Perdana Inggeris Rabu lalu, manakala pemain sayap Hudson-Odoi diberikan penampilan penuh liga bersama Chelsea, dan De Bruyne kagum dengan persembahan bakat-bakat muda England itu.

“Saya beritahu rakan-rakan dalam skuad England yang mereka mampu memenangi Euro,” kata De Bruyne. “Saya rasa mereka adalah pasukan pilihan, bersama Perancis.

“Saya lihat pemain-pemain mereka cukup berpengalaman, dan mereka yang sedang meningkat naik juga, jadi masa depan mereka sangat baik.”

Ketika Hudson-Odoi sudah mendapat kap England pada perlawanan menentang Republik Czech dan Montenegro bulan lalu, Foden masih menanti panggilan dan De Bruyne merasakan pengendali England Gareth Southgate tidak perlu terburu-buru memasukkan pemain 18 tahun itu dalam perancangannya.

“Berikan dia masa. Tidak bermakna anda sudah bermain beberapa perlawanan, dan mengisi kesebelasan utama, anda berhak berada dalam pasukan kebangsaan. Jika Phil meningkat, dia mempunyai peluang untuk ke Euro tahun depan.

“Dia akan kerap bermain untuk England,” katanya. – REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");