Sukan Hari Ini

Eriksen Bukti Spurs Tak Tiru Ajax

LONDON: Christian Eriksen akan bertemu ‘masa silamnya’ apabila Tottenham Hotspur menerima kunjungan Ajax bagi aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Justeru, pertembungan itu akan menjadi petunjuk yang sempurna bagaimana Eriksen ketika ini sudah benar-benar berubah di Spurs.

Sekali pun mengharungi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara sejak 1997, Ajax tiba di London dengan hakikat mereka akan menjual beberapa tonggak paling menyinar pada musim panas ini sebelum memulakan kembali langkah.

Frenkie de Jong sudah pun melengkapkan perpindahan bernilai 75 juta euro (RM345.74 juta) ke Barcelona musim depan manakala kapten Matthis de Ligt dijangka menuntut jumlah sama untuk berpindah.

Selain itu, beberapa lagi tonggak antaranya Hakim Ziyech, Donny van der Beek, David Neres dan Nicolas Tagliafico juga dijangka akan mengangkat kaki dari kelab berkenaan.

Seperti kelab-kelab lain, Spurs turut memperoleh daripada bakat yang dituai daripada kelab gergasi Belanda itu dan selain Eriksen, mereka turut mendapatkan khidmat Toby Alderweireld, Jan Vertonghen dan Davinson Sanchez.

Begitupun ironinya, Tottenham turut menggunakan strategi yang sama tetapi agak kurang produktif.

Bekas pemainnya, Luka Modric dan Gareth Bale ‘membesar’ di Spurs sebelum menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kedua-duanya sudah menjulang empat gelaran Liga Juara-Juara.

Tetapi selepas berpindah ke gelanggang terbesar di London dan hampir mengesahkan tiket ke saingan Liga Juara-Juara keempat berturut-turut musim depan, pengurusnya Mauricio Pochettino mahu Tottenham untuk berdiri sama tinggi dengan pasukan elit Eropah.

“Kami perlu mula berfikir mengenai babak yang baharu, era yang baharu bagi memastikan Tottenham adalah pencabar yang tulen bagi perkara yang besar,” kata Pochettino ketika gelanggang baharu, Stadium Tottenham Hotspur dibuka bulan lalu.

“Sudah pasti kami perlu bersikap seperti pasukan yang besar. Kami perlu menjadi pencabar yang realistik bagi perkara yang besar.”

Sekali pun masih belum memenangi sebarang trofi di Spurs, Pochettino sudah membuktikan magisnya apabila menjadikan kelab itu ‘ahli biasa’ di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris dengan sumber yang terhad.

Berdasarkan daripada akaun kelab yang diterbitkan pada bulan ini, kelab itu menjana keuntungan besar dalam sejarah £113 juta (RM603.93 juta) dengan agihan gaji yang kurang separuh daripada Manchester United.

Tidak seperti Harry Kane, Dele Alli dan Son Heung-min yang sudah pun melengkapkan perjanjian jangka panjang baharu bersama Spurs, kontrak Eriksen di kelab itu hanya berbaki setahun dan dia dilihat tidak tergesa-gesa untuk melakukannya disebalik minat yang ditampilkan Real dan Juventus.

“Masa untuknya dan juga untuk kelab bersetuju mengenai sesuatu perkara mungkin berbeza dengan pemain lain,” kata Pochettino mengulas mengenai Eriksen.

“Saya berharap dan menginginkan Christian akan bersama kami di masa depan tetapi saya fikir Christian dan kami amat terbuka untuk berbincang dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.” – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");