Perak Hari Ini

Esport Bakal Dipertandingkan Pada SUKMA XX Johor

IPOH- Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor bakal menampilkan sukan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia iaitu sukan elektronik atau Esport.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata sukan ini telah sah akan dipertandingankan semasa Sukma di Johor yang mana turut disertakan dengan pingat.

“Satu Jawatankuasa Khas Teknikal Tertinggi Sukma telah mengadakan mesyuarat bagi menyenaraikan sukan yang akan dipertandingkan.

“Dengan ini secara rasminya e-sport adalah sukan berpingat yang akan dipertandingkan pada Sukma 2020 akan datang,” beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Perak (ESP) dan juga Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) turut menganjurkan pusingan akhir pemilihan atlet yang akan mewakili Perak.

“Pusingan akhir pemilihan ini dilakukan adalah untuk memilih atlet yang akan mewakili negara untuk kejohanan sukan Sea di Filipina pada November 2019.

“Pusingan awal secara online telah dijalankan pada 6 dan 7 April lalu yang melibatkan hampir 400 orang peserta dari seluruh negeri Perak,” katanya.

Pada 14 April ini, satu majlis pelancaran e-sport bagi negeri Perak akan diadakan bagi memperkenalkan atlet dan menyarungkan jersi bagi atlet tersebut yang akan mewakili Malaysia.

Dalam pada itu kata wakil PASAK, pada 13 dan 14 ini juga semasa acara, permainan FIFA19 dan PES19 turut dipertandingkan walaupun acara tersebut tidak dipertandingkan semasa Sukma akan datang

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");